Sekilas Pandang

"Apalah tanda batang tebu, Batang tebu halus uratnya" "Apalah tanda orang berilmu, Orang Berilmu halus budinya" 


Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu pernah menerajui IPGKDRI selain memikul tanggungjawab di Kementerian Pendidikan sebelum di lantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Masyarakat terutama warga pendidik dan pelajar wajar menjadikan Allahyarham Dato' Razali Ismail sebagai ikon pendidikan yang berjiwa rakyat. Kecintaan tokoh itu terhadap pendidikan anak bangsa begitu menebal sehingga sentiasa berusaha mencari jalan meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan pendidikan dalam pelbagai aspek. 


Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan penghargaan terhadap kecemerlangan dan sumbangan terhadap tokoh Allahyarham Dato' Razali Ismail di samping memperkasakan amalan budaya masyarakat Terengganu yang sentiasa mengenang budi dan jasa tokoh ternama dalam disiplin pendidikan.


Objektif
  1. Memberi peluang kepada siswa/i guru untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan kelahiran, perkembangan, kecemerlangan dan sumbangan Allahyarham Dato' Razali Ismail.
  2. Meningkatkan rasa penghargaan terhadap kecemerlangan dan sumbangan pemikiran tokoh Allahyarham Dato' Razali Ismail dalam kalangan masyarakat.